Tuesday, November 21, 2006


Cinta : Sebuah kisah tentang kasih
Cinta tidak mengenali usia, Cikgu Elyas (Dato' Rahim Razali), seorang duda yang baik hati sering ke kedai Rubiah (Fatimah Abu Bakar) seorang janda yang mengasihaninya. Adakah Elyas dapat mengenali cinta sedangkan ingatannya kelam. Adakah cinte perlu berakhir apabila usia meningkat?
Cinta kadangkala datang apabila tidak dijangka. Pertemuan yang tidak diduga telah mencetus cinta yang mendalam di hati Azlan (Eizlan Yusuf), seorang hartawan yang mengetuai empayar media percetakan, terhadap Azura (Fasha Sandha), seorang pembantu kedai buku.
Dyan (Nanu Baharudin) ialah seorang arkitek, yang sentiasa terperangkap dalam cinta tiga segi. Kasih Dyan sebenar hanya terhadap adiknya Dhani (que Haidar) yang malangnya enggan mengikut cara hidupnya. Sejauh manakah pengorbanan kasih sayang kakak kepada adiknya?
Haris (Rashidi Ishak) seorang arkitek, memiliki segalanya - Airin, isteri jelita (Rita Rudaini), anak tersayang dan kehidupan yang selesa. Tanpa disangka, dia menyedari kehidupannya hanya sebuah ilusi. Adakah Haris mampu untuk menyelamatkan cintanya atau mungkinkah erti cinta sebenar adalah melepaskan orang yang tersayang pergi untuk selamanya...
Arianna (Sharifah Amani) ialah seorang gadis yang datang ke kota untuk mencari kekasih yang telah hilang tanpa berita. Dalam mencari cinta, beliau telah dibantu oleh Taufiq (Pierre Andre), seorang wartawan budiman yang tidak dikenali olehnya. Adakah Arianna dapat menjumpai apa yang dicari atau mampu melihat cinta tulus sebenar?

Nie laa aku... Comelkan?? Suatu ari nanti aku nak pergi Korea, Jepun dan banyak lagi laa...Melawat tempat-tempat menarik kat sana..study kat university terbaik di sana.. Mesti best kan??
A'a.. Untuk pengetahuan korang aku menang.... menang ape yerkk?? aku menang 4 tiket Nana Tanjung!!!Best giler..Korang nak tahu maam mane aku bleh menang??
Dengarkan hotfm lebih hangat dari biasa...

Monday, November 20, 2006

Mesej dari Siti Nurhaliza



“Terlebih dahulu, Siti amat terharu kerana diberi penghormatan ini sebagai Duta Jenama falsafah SHINE Pantene Pro-V. Walaupun Pantene memang mempunyai prestasi yang terbukti selama ini, Siti bukanlah pengguna setia Pantene sebelum ini.
Apabila P&G meminta Siti mencuba Pantene, Siti rasa apa salahnya. Lebih-lebih lagi, kerana Pantene memang mempunyai reputasi yang unggul.
Setelah menggunakan Pantene selama beberapa minggu, pendandan rambut Siti memberitahu Siti yang rambut Siti semakin lembut, berseri dan kelihatan lebih menyerlah! Sejak itu, Siti sentiasa menggunakan Pantene kerana ia memenuhi keperluan penjagaan rambut Siti. Rantai ‘shirra’ yang Siti pakai jugalah bukti Pantene sentiasa ada di hati Siti!
Siti rasa Pantene Shine yang baru ini adalah lebih daripada sekadar syampu. Pantene, dengan falsafah SHINE yang baru, memberikan wanita-wanita keyakinan untuk mencapai potensi sebenar mereka dan menjadi yang terbaik! Dengan rambut Siti kini terpelihara dengan lebih baik, Siti boleh lebih berjaya dalam segenap bidang. Pantene telah menyakinkan Siti bahawa rambut Siti akan lebih menyerlah pada saat paling penting dalam hidup Siti. Jadi, untuk wanita-wanita Malaysia yang ingin menyerlah dalam hidup mereka, Siti syorkan rangkaian produk Pantene Pro-V berwajah baru ini.”
Rangkaian Penjagaan Pantene


When she’s beautiful, she’s filled with the “I can” spirit so she FEELS empowered to do more.
Pantene inspires you to shine.
And when you shine, you can.

Pencarian Pentene.....









Pencarian Pantene akan merantau ke seluruh Semenanjung Malaysia untuk mencari bintang yang bakal menjadi bintang Pantene seterusnya.
Sesi uji bakat akan bermula di Melaka, kemudian ke Johor Bahru, seterusnya ke Pulau Pinang dan mengakhiri dengan uji bakat di Kuala Lumpur.
Peminat Siti Nurhaliza akan berpeluang untuk berjumpa dengan Siti di Kuala Lumpur pada 2 Disember di uji bakat terakhir yang akan memilih 10 peserta terakhir yang akan meneruskan perjalanan mereka dan menyertai program realiti ini.
Daftar Sekarang!Anda mestilah berumur 18 - 25 tahun dan sila bawa bersama (1.) 1 gambar passport (2.) 1 gambar penuh (3.) borang yang di cetak (4.) bukti pembelian shampu Pantene - 400ml (5.) IC Fotokopi pada hari ujibakat.

atau
*Secara Manual (pdf)

SERTAI SESI UJI BAKAT
Penang - Prangin Mall
Tarikh / Masa : 25 Nov, 10pg - 3 ptg
Kuala Lumpur - One Utama Old Wing
Tarikh / Masa : 1 Dec, 12 tgh - 7.00 mlm
Senarai penuh lokasi uji bakat
Premiering on 17 December 2006Every Sunday 7.30pm
only on

Nana Tanjung haru biru di pawagam...


Nana Kassim, seorang duda, hidup bersama tiga anak daranya, Khairunisa, Balqis dan Siti Hajar. Khairunisa, anak sulung berusia 25 tahun ialah seorang gadis cantik, sopan dan tidak pernah membantah cakap bapanya. Balqis, 22 tahun, sudah bekerja dan si bongsu, Siti Hajar yang masih belajar agak nakal dan satu-satunya anak yang berani bersuara.
Dalam diam, Khairunisa dan Balqis mempunyai kekasih. Khairunisa bercinta dengan Akhbar Khan, seorang ejen pencari jodoh manakala teman lelaki Balqis pula ialah Dzulkarnain. Itu, sehinggalah kehadiran Pak Mydin, juga seorang ejen pencari jodoh yang mahu mencarikan suami untuk anak-anak Nana Kassim.Akhbar cuba meleraikan kekusutan itu dengan menjadi pembantu khas Nana Kassim. Pelbagai cara dibuat Akhbar bagi menggagalkan usaha Pak Mydin demi menyelamatkan cintanya dan Khairunisa, juga dalam perhubungan Balqis dan Dzulkarnain.
Nana Kassim, di sebalik kesibukan dengan keluarga dan kumpulan borianya, dia sebenarnya duda yang kesunyian dan kesempatan itu digunakan Akhbar dengan memperkenalkannya kepada Mami Mumtaz. Tanpa diduga, Mami adalah bekas kekasih Nana Kassim.
Satu hari, Nana Kassim mengumumkan mahu mengahwini Mami Mumtaz. Soal jodoh Khairunisa dan Balqis jadi kelam kabut, dan bertambah kecoh apabila Siti Hajar pula disyaki sudah jatuh hati dengan Akhbar. Lalu, bagaimana dengan kesudahan nasib dan jodoh keluarga Nana ini?
NANA TANJUNG haru biru di panggung seluruh negara mulai 9 NOVEMBER ini.
Nana Tanjung dibintangi oleh Saiful Apek sebagai Akhbar Khan, Piee (Nana Kassim), Fasha Sandha (Kharunisa) , Waheeda (Balqis), Jehan Miskin (Dzulkarnain) dan Ainul Aishah (Siti Hajar). Filem ini merupakan arahan Prof Madya A.Razak Mohaideen.

Sunday, November 19, 2006

Song for you!!!

Bawang Merah Bawang Putih... Lagu yang best.....

Ngantuk la...

Esok ada banyak keje nak dibuat...Sedia sarapan...Jaga adik kechik...Tengok tv...Dah malam la.. K.. GOOD NITE.. sweet dream..zZzZ....